• www.utusan.com.my

PBB Rayu Dunia, Teruskan Bantu Rohingya


ANTONIA GUTTERES dan Jim Yong Kim menerima taklimat daripada kakitangan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di pusat transit yang menempatkan etnik Rohingya yang baru tiba di Kutupalong, Bangladesh.

NEW YORK 3 Julai – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres meningkatkan rayuannya kepada masyarakat dunia supaya me­nyalurkan bantuan kepada PBB untuk membantu kira sejuta pelarian Rohingya di Bangladesh,


Lapor agensi berita Xinhua, Gutteres berkata, “mustahil sama sekali untuk kita tidak merasai kesedihan selepas melihat pende­ritaan penduduk Rohingya.”


PBB memerlukan bantuan berjumlah AS$1 bilion (RM4.05 juta) yang baru mencecah sebanyak 26 peratus.


Guterres mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Bangladesh kerana menempatkan kira-kira 700,000 pelarian di daerah Cox’s Bazar, selatan Bangladesh sejak Ogos 2017.


“Sukar untuk diterima apabila penduduk Rohingya menderita terlalu lama di di Myanmar terpaksa terus tinggal dalam keadaan kesukaran di kem ini yang tidak dapat dielakkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Hadir semasa lawatan itu ialah Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim dan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian, Filippo Grandi.


Sementara itu, Gutteres meminta lebih banyak tekanan antarabangsa dikenakan kepada Myanmar untuk mewujudkan keadaan selamat bagi ratusan ribu umat Islam Rohingya yang telah me­larikan diri dari negara itu sejak tindakan keras tentera pada Ogos tahun lalu.


PBB yang memeterai perjanjian dengan Myanmar pada Mei lalu berharap tindakan berkenaan akan membolehkan beribu-ribu Rohingya kembali dengan selamat dengan kehendak sendiri.


“Memorandum persefahaman ini adalah langkah pertama menghargai hak progresif rakyat,” katanya.