• Mohd Azmi Abdul Hamid

MAPIM Akan Gembleng NGO Asean Tangani Isu Rohingya


Kenyataan Media

3 hb Feb. 2018



TAHUN 2018 - MAPIM AKAN GEMBLENG NGO ASEAN UNTUK TANGANI ISU ROHINGYA.


MAPIM akan mengambil inisiatif baru untuk gembleng NGO merentas negara bagi meningkatkan usaha mencari penyelesaian kepada isu kemanusiaan dan menghentikan genosid ke atas etnik Rohingya.


Gerakerja MAPIM dalam aspek advokasi merubah pendirian Myanmar dalam isu hak etnik Rohingya akan diberi fokus bagi tahun 2018.


MAPIM melihat perlu suatu gerakan bersepadu NGO Islam , NGO agama lain , NGO hak manusia , perlindungan pelarian , NGO kanak kanak dan wanita diperingkat rantau Asean digembleng.


Pihak kerajaan negara negara Asean nampaknya gagal merubah situasi di Rakhine.


Walaupun bukti genosid dengan pengakuan tentera Myanmar yang menemukan kubur massa mangsa Rohingya , akan tetapi tidak ada tindakan dilakukan untuk bertindak ke atas tentera yang terlibat.


MAPIM berpendapat pengemblengan masyarakat sivil dari dalam Myanmar sendiri perlu dicetuskan.


Mapim sedang mengerakkan jaringannya dengan ngo negara Asean supaya ia memberi tekanan ke atas kerajaan Myanmar.



Walaupun kelemahan Asean sangat mengecewakan , namun MAPIM tetap berpandangan isu ini mesti ditangani diperingkat serantau.


Kerjasama Mapim dengan Jaringan Ngo Kemanusiaan Syekhul Islam Thailand sedang diushakan untuk mengkordinasi misi kemanusiaan disamping melakar strategi advokasi berkesan untuk menekan Myanmar.


Sasaran 2018 adalah untuk melakukan perundingan secara langsung dengan NGO dalam Myanmar sendiri.


Kerajaan Myanmar meati memberi akses kepada tim penyiasat UN dan NGO untuk melakukan misi mengumpul fakta.


Kedegilan Myanmar yang menyekat tim penyiasat UN untuk masuk ke Myanmar terutama di kem IDP menjadi alasan kuat untuk Myanmar diambil tindakan diperingkat antarabangsa.


Sementara itu tekanan ke atas tentera dan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi akan diterus dan diperhebatkan .


Kami mensasarkan pada tahun 2018 kes Rohingya ini akan dapat di failkan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

(ICC).


Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden MAPIM

7 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua