• Berita Harian

Tentera Myanmar Sasar Rogol Wanita, Kanak-kanak Rohingya


DHAKA: Tentera Myanmar 'secara bersistematik' merogol beramai-ramai wanita Rohingya ketiga keganasan ke atas minoriti itu yang menyebabkan mereka melarikan diri beramai-ramai ke Bangladesh, kata wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hari ini.


Wakil khas Setiausaha Agung PBB mengenai keganasan seksual dalam konflik, Pramila Patten, membuat kenyataan itu selepas melawat daerah Cox's Bazar di tenggara Bangladesh, yang menempatkan 610,000 pelarian Rohingya sejak 10 minggu lalu.


Kebanyakan kekejaman yang dilakukan boleh dianggap sebagai jenayah kemanusiaan, katanya.


"Saya mendengar cerita dahsyat mengenai rogol dan rogol beramai-ramai, dengan ramai wanita dan remaja maut akibat jenayah itu.


"Pemerhatian saya menunjukkan kepada corak kekejaman, termasuk keganasan seksual terhadap wanita dan gadis Rohingya yang disasarkan secara bersistematik berdasarkan etnik dan agama mereka," katanya kepada wartawan di Dhaka.


Keganasan seksual di Rakhine 'diarahkan, dirancang dan dilakukan' tentera Myanmar, katanya.


"Bentuk keganasan seksual yang kami dengar daripada mangsa terselamat termasuk rogol beramai-ramai oleh tentera, memaksa mereka berbogel di khalayak dan dimalukan serta dijadikan hamba seks dalam tahanan tentera.


"Seorang mangsa menceritakan ditahan oleh tentera selama 45 hari dan sepanjang tempoh itu, dia dirogol berulang kali," kata Patten.

63 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua