• www.indahnyaislam.my

Wilayah Rakhine Pernah Diperintah Kesultanan Islam


Ada akan beritahu mereka tidak sanggup hendak buka dan tengok foto kekejaman rakyat Buddha Myanmar terhadap etnik Rohingya yang dilaporkan semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.


Rohingya bukan sahaja dihalau dari tanah air mereka sendiri malah dibunuh. Lebih dahsyat, mereka dibunuh dengan cara yang tidak ada dalam kamus kemanusiaan – dibakar hidup-hidup!


Tidak kira lelaki, wanita, warga emas atau kanak-kanak, kesemuanya jadi sasaran keganasan yang tanpa batasan.


Amat jelas bahawa apa yang dilakukan itu bermotif penghapusan etnik.


Saya tidak mahu mengaitkannya dengan agama kerana ajaran Buddha diketahui mendidik penganutnya untuk sentiasa menjunjung tinggi nilai kemanusiaan malahan juga kepada makhluk tuhan yang lain.


Apa yang jelas dalam konteks di Myanmar, khususnya di wilayah Rakhine ialah motif perkauman dan politik.


Lebih malang lagi apabila pemerintah Myanmar bukan sahaja tidak membela malah bersekongkol dengan kekejaman itu. Tentera turut sama dengan ekstremis melakukan pembantaian terhadap penduduk Rohingya.


Ratu Demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi selaku penerima anugerah Nobel Keamaan pada 1991, juga sekadar membisu apabila diajukan persoalan mengenai tindakan tidak berperikemanusiaan kaumnya.


Alasan mereka termasuk Suu Kyi ialah orang Rohingya bukan penduduk asal negara itu, sebaliknya imigran yang berhijrah masuk selepas 1823, dan mereka dianggap tidak ada kaitan dari aspek sejarah dengan Myanmar atau Burma.