• www.indahnyaislam.my

Anak Rohingya Belajar Mengaji Guna Al-Quran Koyak


DHAKA – Anak-anak pelarian Rohingya di Kem Pelarian Rohingya Kutupalong, Ukhiya, Cox’s Bazar mempelajari al-Quran hanya dengan berbekalkan naskhah kitab yang sudah terkoyak.


Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, dugaan yang mereka hadapi bukan itu sahaja, bahkan anak-anak itu juga terpaksa meneruskan sesi pembelajaran dalam keadaan yang tidak berbumbung.


“Anak-anak pelarian Rohingya ini tekun mempelajari al-Quran daripada ‘guru’ yang mengajar mereka secara sukarela hampir setiap hari di ‘kelas Quran langit terbuka’.


“Inilah realiti sebenar mereka yang hidup dengan serba kekurangan di kem pelarian yang padat dengan penghuni.


“Mereka tidak pernah kenal erti sekolah dan persekolahan, apatah lagi peluang untuk belajar menulis dan membaca sebagaimana yang dilalui oleh kanak-kanak di Malaysia,” katanya dalam catatan di laman Facebook peribadinya berkongsi pengalaman ke Bangladesh dalam satu misi kemanusiaan.


Prof Zainur Rashid berkata, beliau amat bersyukur apabila beliau dan sahabatnya, Setiausaha Agung Ikatan Pengamal Perubatan Dan Kesihatan Muslim Malaysia (iMedik), Prof Dr Azizi Ayob diberikan peluang untuk menyaksikan dengan mata dan kepala sendiri apa yang berlaku kepada ribuan para pelarian Rohingya.


Beliau berkata, kem yang terletak berdekatan Arakan, Myanmar tersebut sangat sesak dengan dihuni lebih 150,000 orang pelarian Rohingya yang berada dalam keadaan yang sangat dhaif serta serba kekurangan.


“Mereka tinggal dalam khemah yang kecil atau rumah yang berdindingkan samada plastik atau tanah atau pun kadang-kadang daripada buluh.


“Tiada bekalan air bersih melainkan beberapa perigi yang digali secara amatur. Sukar sekali untuk berhenti lama di satu-satu lokasi berdekatan khemah mereka kerana ‘berbau’ disebabkan ti