- Mohd Azlan Zainal
Agamawan, Artis Bersatu Turun Lapangan Bantu Kempen #SaveRohingya
Misi kali ini disertai oleh Maulana Helmi dan vokalis kumpulan XPDC, Ali serta 5 delegasi rombongan yang termasuk Dato’ Seri Zin Mohamed, bekas Menteri JKR dan Dato’ Abdul Malek mantan Ketua Pegawai Daerah Kuala Selangor. Selepas munajat akhir di Ijtima’ Biswa Tabligh sedunia, mereka hadir ke Cox’s Bazar sebagai tanda sokongan. Kami akan bersama sekitar 4 hari 3 malam bagi memenuhi amanah misi kali ini.
“Alhamdulillah sekitar 4 bulan, bermula sejak Okt 2017 hingga awal Jan 2018 kami mewakili MAPIM Negeri Sembilan telah berjaya menghulurkan bantuan hampir mencecah RM350,000. Semua ini telah diterjemah dalam beberapa bentuk sumbangan yang merangkumi pembinaan 2 buah masjid, 1 buah madrasah 182 buah telaga tube (water tumb well), 73 khemah penginapan (shelter), 1500 makanan, selimut dan wang ringgit bernilai RM 21,000” ujar Shukri Othman, penolong penyelaras MAPIM Negeri Sembilan.
Semua ini adalah hasil sumbangan orang ramai yang peka dan prihatin. Sumbangan yang ini berjaya memberi manfaat hampir kepada 20,000 pelarian dibeberapa kem pelarian utama seperti Balukhali, Mainnerghona, Shamlapur dan Thangkali.
Sumbangan terus ditagih kerana sehingga kini pelarian masih terus masuk ke Bangladesh tanpa henti. Kini, pelarian hampir mencecah 830,000 orang. Isu ini pasti akan kekal berlarutan dan penyelesaian masih menemui jalan buntu. Kami pernah ditanya bagaimana ia akan akhir, ringkas kami menjawab yang utama kita kena mula membantu.
Maklumat lanjut berkenaan projek pembangunan kem pelarian Rohingya di Cox's Bazar boleh didapati di lamam sesawang www.tabungrohingya.com
Azlan Zainal MAPIM Negeri Sembilan Cox’s Bazar, Bangladesh