• Harian Metro

Bantu Insan Sejagat


Kuala Lumpur: Krisis kemanusiaan membabitkan penindasan Rohingya di Myanmar, kekurangan makanan rakyat Syria dan pergolakan di Timur Tengah akan terus menjadi perhatian dan menjadi fokus utama bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan.


Beberapa NGO tempatan yang bergiat aktif dalam misi kemanusiaan terutamanya menyantuni golongan memerlukan di negara lain akan terus digerakkan sepanjang 2018 termasuk sumbangan bekalan makanan, membaik pulih infrastruktur dan bekalan ubat-ubatan.


Bagi krisis kemanusiaan Rohingya, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan melancarkan Misi Kesatuan Untuk Flotilla (Unity For Flotilla) pada 1 April depan dengan penyertaan daripada dua NGO antarabangsa berpangkalan di United Kingdom.


Naib Presiden MAPIM, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, dua NGO antarabangsa itu adalah Human Aid UK dan Yayasan Al-Khair yang berpangkalan di negara berkenaan.


“Ini antara misi mega kami sepanjang 2018 dan kami sedang merancang untuk memohon kebenaran khusus supaya memasuki kawasan Arakan, sekali gus menyantuni etnik Rohingya yang masih berada di wilayah berkenaan.


“Kita maklum krisis Rohingya ini bukan saja isu kemanusiaan tetapi penindasan yang dilakukan Myanmar. Jadi, usaha untuk pembebasan akan diteruskan dengan kerjasama pertubuhan antarabangsa,” katanya kepada Harian Metro, semalam.


Misi Sekolah Tahfiz Quran dan sumbangan dana di Semenanjung Gaza, Palestin akan menjadi fokus utama bagi Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) di samping pelaksanaan misi di beberapa negara lain antaranya Syria, Yaman dan Chad.


Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan berkata, pihaknya melihat wujud keperluan untuk pembinaan sekolah di Semenanjung Gaza bagi menyantuni semua kanak-kanak di wilayah berkenaan.


“Untuk misi di Semenanjung Gaza, kita baru di peringkat perbincangan dengan wakil NGO dari Mesir dan kita berharap dapat melaksanakan misi pada pertengahan tahun ini.

“Pemb