• utusan.com

Misi Flotilla Rentasi Ideologi Politik


LAUT ANDAMAN 8 Feb. - Pas menyokong agenda kerajaan untuk memastikan kezaliman terhadap etnik Rohingya yang juga saudara sesama Islam yang ditindas dapat dibela.

Itu kata-kata yang disuarakan sukarelawan Pas yang menyertai misi kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar' menuju ke Yangon, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh.


Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, umat Islam perlu bergabung memandangkan isu Rohingya ini merentasi sempadan politik.


"Agenda Islam adalah sentiasa agenda bersama dan ahli parlimen Pas sendiri beri sokongan kepada kerajaan (sedia ada) berhubung isu Rohingya," katanya ketika ditemui di atas kapal hari ini.


Muhammad Khalil yang juga anak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, gelombang yang diterajui Malaysia pastinya membuka mata dunia untuk memberi perhatian terhadap etnik Rohingya yang ditindas.


Ditanya adakah Pas akan meneruskan kerjasama lain dengan kerajaan, beliau tidak menolak kemungkinan yang pihaknya akan terus bekerjasama demi kepentingan agama Islam serta negara.


"Setakat ini semua berjalan dengan baik. Harapnya misi mencapai objektif yang ditetapkan," katanya.


Sementara itu, seorang lagi sukarelawan Pas, Sazali Sudin, 40, berkata, kesusahan yang dihadapi etnik Rohingya menyebabkan beliau terpanggil untuk menyertai misi ini.


"Ini tanggungjawab umat Islam dan saya merasa cukup bertuah kerana banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bergabung meskipun berbeza fahaman.


"Saya berharap kami dapat sampaikan bantuan selain saya mahu lihat sendiri keadaan keperitan yang dilalui etnik Rohingya kerana anak m