• www.bharian.com.my

Kapal Tentera Laut Myanmar Hampiri Nautical Aliya


LAUT ANDAMAN: Sebuah kapal tentera laut Myanmar mula mendekati Nautical Aliya 12.15 tengahari tadi (waktu Malaysia) selepas kapal flotila kemanusiaan dari Malaysia itu, memasuki perairan Myanmar.


Kapal tentera laut itu sedang mengawasi kawasan perairan Myanmar dan memantau pergerakan kapal-kapal di kawasan itu. Kapten Nautical Aliya, Mohd Firdaus Faisal Mohamed, berkata kapal tentera Myanmar itu menghubungi Nautical Aliya bagi pengesahan identiti kapal.


"Kita kena tunggu arahan tentera laut Myanmar, mereka sedang periksa identiti kapal kita," katanya kepada BH sebentar tadi.


Nautical Aliya membawa 201 sukarelawan dan krew dengan 2,300 tan makanan dan ubat-ubatan yang akan disalurkan kepada etnik Rohingya yang terjejas di Rakhine, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh.


Ketika ini, semua sukarelawan diarahkan berada di bilik atau mess room jika tentera laut Myanmar memeriksa kapal kemanusiaan itu.




Rakyat Malaysia diseru untuk bersama menyokong misi Food Flotilla dengan memberi sumbangan.

Sumbangan boleh dilakukan dengan Cash Deposit / Online Banking ke akaun MAPIM seperti berikut :


Nama Akaun : DANA MAPIM No Akaun : 558 220 605 312 (Maybank) Swift Code : MBBEMYKL


*Maklumkan kemasukan sumbangan slip bank dan nyatakan kemasukan untuk 'Tabung Rohingya'* melalui whatsapp kepada En Zaim Sidqi (Bendahari MAPIM) 014-6035327.


*Sila Layari ke website Misi FFFM http://www.foodflotilla.com


*Maklumat TERKINI sila layari FB : https://www.facebook.com/foodflotilla