• www.bharian.com.my

Isu Rohingya : Myanmar Tolak Kritikan PBB


YANGON: Suruhanjaya yang ditubuhkan Kerajaan Myanmar bagi menyiasat dakwaan pihak tentera membunuh, menyeksa dan merogol etnik Muslim Rohingya, menegaskan tumpuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran.


Justeru, katanya, penubuhannya bukan bertujuan memuaskan hati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Minggu lalu, pejabat Hak Asasi Manusia PBB berkata, tentera Myanmar membunuh ratusan ratus penduduk etnik Rohingya dalam satu operasi terancang yang menyasarkan etnik minoriti beragama Islam itu.


Hampir 70,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak tentera melancarkan operasi pembersihan, empat bulan lalu untuk mengesan militan Rohingya.


Pihak tentera mendakwa melakukan serangan di beberapa pusat pemeriksaan polis di kawasan sempadan.


Sementara itu, pejabat Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB melaporkan, jumlah kes seksaan, pembunuhan dan rogol beramai-ramai oleh pasukan keselamatan kini mencapai tahap pembersihan etnik.


Antara yang dilaporkan ialah kes kanak-kanak disembelih manakala ibu mereka dirogol oleh pasukan keselamatan.



Rakyat Malaysia diseru untuk bersama menyokong misi Food Flotilla dengan memberi sumbangan.

Sumbangan boleh dilakukan dengan Cash Deposit / Online Banking ke akaun MAPIM seperti berikut :


Nama Akaun : DANA MAPIM No Akaun : 558 220 605 312 (Maybank) Swift Code : MBBEMYKL


*Maklumkan kemasukan sumbangan slip bank dan nyatakan kemasukan untuk 'Tabung Rohingya' melalui whatsapp kepada En Zaim Sidqi (Bendahari MAPIM) 014-6035327.


*Sila Layari ke website Misi FFFM http://www.foodflotilla.com


*Maklumat TERKINI sila layari FB : https://www.facebook.com/foodflotilla


Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut hubungi :

En Zulhanis Zainol, Setiausaha Agung MAPIM (019-2890298)


Mohon sebarkan info ini kepada kenalan/saudara anda.


SELAMATKAN ROHINGYA

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua