- Hidayat Abdullah
Sami Buddha Myanmar Kutuk Malaysia

Yangon, Myanmar - 3 Disember 2016 - Golongan Sami Buddha di Myanmar berkumpul dihadapan kedutaan Malaysia sambil membawa sepanduk yang memaparkan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak dengan tanda pangkah diwajahnya.
.
Kira-kira 20 sami yang diketuai Pamaukka (Ketua Sami) dari kuil Magwe berhimpun di hadapan Kedutaan Besar Malaysia dan melaungkan slogan mengutuk Perdana Menteri Malaysia.
.
Mereka mengutuk Perdana Menteri Najib Razak dan menuntut supaya tidak lagi memberi tekanan dalam isu Rohingya ini.
.
Kementerian Luar Malaysia menyifatkan tindakan Kerajaan Myanmar kepada Etnik Rohingya di Myanmar sebagai satu proses penghapusan Etnik.
.
Perdana Menteri Najib Razak akan hadir dalam perhimpunan awam di Kuala Lumpur untuk mengutuk tindakan 'pembersihan etnik Rohingya', yang dilakukan tentera Myanmar di Arakan, Myanmar.
Timbalan Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay, menyifatkan tindakan itu sebagai 'mencampuri hal ehwal dalaman Myanmar' - Agensi

Teruskan Tekanan kepada Myanmar!!
.
Kami bantu anda unutk menghulurkan Bantuan kepada Etnik tertindas ini.
.
Klik disini untuk menyumbang.