• Utusan Online

MAPIM Desak Dunia Tekan Myanmar


Majlis Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mendesak agensi antarabangsa, serantau dan ketua-ketua negara menekan kerajaan Myanmar agar siasatan bebas dilakukan bagi mendakwa pihak bertanggungjawab melakukan kekejaman terhadap masyarakat Rohingya.


Presidennya, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, berikutan serangan besar-besaran yang dilancarkan, pelarian Rohingya meningkat kepada lebih 20,000 sejak Oktober lalu dan kebanyakannya cuba menyelamatkan diri di kawasan hutan atau sawah padi.


“Myanmar dan militia Rakhine menyerang perkampungan Rohingya. Kanak-kanak dan wanita turut menjadi mangsa. Banyak kes pembunuhan bayi dan wanita Rohingya dirogol yang dilaporkan berlaku di kawasan sasaran operasi tentera,” katanya.


Manakala puluhan ribu warga Rohingya lain tambahnya, cuba menyelamatkan diri ke Bangladesh namun sempadan ditutup dan pihak keselamatan negara berkenaan menghalau pelarian terbabit sehingga ramai yang memilih melarikan diri melalui laut.


Beliau turut meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar mendesak Bangladesh membuka sempadan supaya mangsa pelarian Rohingya dapat mencari perlindungan dan disalurkan kepada agensi kemanusiaan agar bantuan dapat diberikan kepada mangsa.


Jelas Mohd. Azmi, keadaan di Arakan dilihat bakal menjadi seperti situasi di Gaza malah lebih parah.


“Ribuan warga Rohingya , kanak-kanak, wanita dan orang tua terpaksa menyelamatkan diri tanpa kepastian di mana tempat yang selamat untuk dituju. Berbanding Gaza, keadaan di Arakan lebih parah kerana warga Rohingya sama sekali tidak mempunyai perlindungan dan tidak memiliki sebarang keupayaan mempertahan diri.


“Bangladesh pula bertindak seperti Mesir yang menutup sempadan di pintu Rafah, manakala Bangladesh menutup sempadan dengan Myanmar di sepanjang sungai Teknaf.


“Laporan mendapati pelarian Rohingya yang cuba menyeberangi sempadan di sungai Teknaf dihalang tentera Bangladesh dan ditolak semula ke Myanmar, sedangkan tentera Myanmar pula memburu mereka untuk ditangkap dan ada yang