• PahangDaily

MAPIM Dan 28 NGO Antarabangsa Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Myanmar

KUANTAN: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama 28 Badan Bukan Kerajaan (NGO) antarabangsa sedia menghantar misi Flotilla atau bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Rohingya di Myanmar yang sedang ditindas.


Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abd Hamid (foto) berkata, misi Flotilla ke Myanmar bersama NGO dari 20 negara itu dijangka belayar pada 10 Januari tahun depan dan disertai kira-kira 50 sukarelawan terdiri daripada pegawai perubatan dan aktivis kemanusiaan.



“Kini MAPIM sedang berusaha mengumpul dana bagi tujuan murni ini, dianggarkan kami memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk tujuan menyewa kapal dan membeli barang-barang makanan dan keperluan lain."



Azmi berkata demikian ketika melancarkan "Solidarity For Rohingya" peringkat Negeri Pahang di Dewan Bakawali, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LPKIM) dekat sini petang tadi. Majlis dipengerusikan oleh Saudara Abd Bashir Abd Ghani, Haluan Pahang.