• Hidayat Abdullah

Maungdaw Terus Menjadi Neraka Dunia

YANGON 21 Nov. - Cubaan kerajaan Myanmar untuk terus menutup kekejaman yang dilakukan tenteranya terhadap penduduk Islam Rohingya ternyata gagal apabila kumpulan pemerhati Hak Asasi Manusia berjaya membongkar perbuatan jahat mereka.

Di sebalik penafian yang dibuat, kumpulan pemerhati berkata, imej satelit yang disiarkan hari ini, menunjukkan tentera kerajaan telah membakar lebih 1,000 penempatan etnik tersebut sebelum ini dan pembakaran itu adalah disengajakan.


Ketika ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, lebih 30,000 penduduk Rohingya telah kehilangan tempat tinggal mereka manakala berpuluh-puluh lagi terbunuh selepas diserang tentera Myanmar -UTUSAN



Gambar dibawah diambil mengunakan satelit pada 10 November 2016 menunjukkan perkampungan Wa Peik, Maungdaw, Myanmar.

Pada 18 November 2016, sekali lgi Satelit merakam gambar pada tempat yang sama dan menunjukkan pembakaran secara besar-besaran pada perkampungan ini!!

NERAKA DUNIA!!


Kumpulan pemerhati Hak Asasi Manusia berkata "Saya mempunyai peluang untuk bercakap dengan sekurang-kurangnya lima keluarga yang melarikan diri dari rumah mereka di Myanmar untuk mengambil