• Tranungkite online

Wanita, Kanak-kanak Rohingya Dikurung, BAKAR Hidup-hidup!!

RAKHINE 16 Nov. - Dikurung dan dibakar hi­dup-hidup, demikian nasib sekumpulan 30 wanita dan kanak-kanak Rohingya semalam yang men­jadi mangsa kekejaman baharu tentera Myanmar di negeri Rakhine.


Perbuatan tidak berperikema­nusiaan pihak berkuasa yang se­patutnya melindungi orang awam itu berlaku di Kampung Yay Khae Chaung Khwa Sone, di utara Maungdaw, memperlihatkan etnik Rohingya Islam dilayan tidak ubah seperti haiwan. Blog RB News yang memetik kenyataan penduduk tempatan melaporkan, mangsa yang dikurung cuba melarikan diri namun gagal berbuat demikian.

Menurut Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan, itu hanya­lah sebahagian daripada penderi­taan yang ditanggung oleh etnik minoriti tersebut sejak kembali menjadi sasaran tentera serta penduduk Buddha bulan lalu.

Pertubuhan itu mengutuk se­keras-kerasnya cubaan penghapusan bangsa Rohingya yang dilakukan kerajaan dalam pelbagai bentuk termasuk pembunuhan beramai-ramai, rogol dan merampas harta penduduk.

Jelas badan tersebut, tentera Myanmar turut menggunakan he­li­kopter, meriam dan kereta kebal ketika menggempur kampung-kampung etnik Rohingya. "Mereka yang cuba melarikan diri akan dihalang dan ditembak menggunakan mesingan di sawah-sawah padi dan anak sungai.


"Antara kampung yang menjadi sasaran tentera adalah Myaw Taung, Dargyizar, Yekhechaung Kwasone, Pwinpyu Chaung, Thu Oo La, Longdun, Kyin Chaung dan Wabaek di utara Maungdaw," jelas kenyataan badan itu.

Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan memaklumkan, sejak ketegangan meletus di Rak­hine pada 9 Oktober lalu, angka korban penduduk Rohingya kini mencecah 350 orang manaka