• Hidayat Abdullah

MAPIM Selangor Perkasa Projek Waqaf & Infaq Aqsa!


Bangi, Selangor - 9 Novemeber 2016 MAPIM melancarkan gerakan untuk Wakaf Al Aqsa bagi mendapatkan pembiayaan wakaf kepada Masjid Al Aqsa. Idea ini adalah untuk menggerakkan sumbangan sama ada daripada individu, keluarga, persatuan, institusi atau agensi yang menyumbang bahagian wakaf yang ada dalam bentuk 1 meter persegi (1 tapak Wakaf) untuk satu sumbangan.


Sehubungan itu, MAPIM Cawangan Selangor pergiatkan usaha dalam Projek Waqaf & Infaq Aqsa yang telah dilancarkan.


Projek ini terus berjalan dan sehingga kini telah berjaya mengutip lebih 30 tapak Wakaf daripada individu, keluarga dan agensi kerajaan. Malah seluruh cawangan MAPIM di seluruh Malaysia sedang giat menjalankan Projek ini.


Sasaran Projek ini adalah berdasarkan kepada 144,000 meter persegi daripada Masjid Al Aqsa. Dana wakaf ini juga sebagai menampung bil peyelengaraan, elektrik dan air, pentadbiran, pemulihan, rehabiliti, kemudahan perkhidmatan awam (perkhidmatan kesihatan, kemudahan bagi orang-orang tua) menguruskan kumpulan belajar halaqah Islam, dan menguruskan pembelajaran al-Quran dan Hadis. Sasaran MAPIM agar setiap Masjid di seluruh dunia untuk membeli sekurang-kurangnya satu saham wakaf dengan jumlah USD 1500 sesaham (1 tapak) yang merupakan salah satu meter persegi, ini akan cukupi untuk membiayai Masjid Al Aqsa.


Ayuh bersama MAPIM dalam Projek Waqaf Aqsa ini!! Klik disini untuk info lanjut mengenai Waqaf Aqsa >>> WAQAF AL-AQSA<<<