• Hidayat Abdullah

"FoodFlotillaForMyanmar", NGO China Muslim dahului Sumbangan!

Shah Alam, 7 November 2016 - Susulan daripada bantahan dan serahan memorendum di kedutaan United Nation (UN) 28 oktober lepas, MAPIM meneruskan Kempen "FoodFlotillaForMyanmar" yang mana mensasarkan kutipan sumbangan untuk diberikan bantuan verupa makanan kepada masyarakat di Maungdaw, Myanmar.


Penerimaan wang tunai sebanyak RM10 000.00 kepada MAPIM oleh Puan Wang Lihong yang mewakili daripada Pertubuhan Kemanusiaan China Muslim di China. Pemberian sumbangan ini disaksikan oleh Ustaz Jaber yang mewakili Majlis Ulama Rohingya (MUR) dan Pengarah Projek FoodFlotillaForMyanmar saudara Ustaz Tarmidzi.


Majlis penyampaian sumbangan dibuat selepas tamat Mesyuarat pelaksanaan Projek FoodFlotillaForMyanmar, Turut hadir wakil dari Majlis Ulama Rohingya (MUR) bagi membicarakan keadaan semasa di Maungdaw, Myanmar.



Perbincangan secara detail bersama Ngo-ngo bagi menghantar bantuan kedalam daerah Maungdaw, Myanmar yang kini dikepung dan terdapat beberapa keluarga yang kebuluran.


Ayuh semua semarakkan Kempen FoodFlotillaForMyanmar!! Sumbangan Anda amat diperlukan sekarang!! Mari viralkan di media sosial dengan hashtag : #FoodFlotillaForMyanmar