• Aidi Khairin Sabikin

MAPIM Johor Tunai Amanah Ummah


MAPIM Johor menunaikan amanah SALIMAH MALAYSIA untuk menyerahkan sumbangan Telekung, Jubah dan Kipas keperluan madrasah - madrasah Rohingya di Johor


Antara serahan yang telah dilaksanakan:


Madrasah Perling Jubah lelaki x 13 Kipas besar x 1


Madrasah Tangkak Telekung 11 Kipas dinding 3


Madrasah Plentong Jubah 10 Telekung 11 Kipas dinding 3


Selain itu MAPIM Johor juga menyerahkan pakaian kanak2 terpakai dan tudung bawal kepada semua pelajar yg memerlukan hasil sumbangan Warga Singapura pada tahun 2014 Selain itu, MAPIM Johor juga mendapat sumbangan dari Pertubuhan Keris Emas wang menjalankan program wakaf Al- Quran untuk menyara elaun guru-guru Al-Quran warga ibu tunggal. Al-Quran yang telah diwakafkn disumbangkan pula untuk kegunaan madrasah Rohingya di Johor dan prgm dakwah di Sarawak.


Serahan dilakukan berperingkat dan berjaya dilaksanakan kepada sasaran kerana pencarian saiz pakaian yg beragam dan jarak madrasah yg berjauhan dari lokasi pejabat Mapim Johor


Terkini pada 3 November serahan dilaksanakan oleh wakil MAPIM Johor; Tn Hj Ali Ibrahim dan Tn Hj A.Gaphar Mohamad di Madrasah Nuraniah Al Quraniah Rohingya Taman Perling, Johor Bahru.


Mapim Johor mengalu - alukan sumbangan masyarakat berterusan kepada komuniti Rohingya di Johor demi kelangsungan hidup dan pendidikan generasi baru mereka.