• Norashikin Isa

Buang Bayi Penyebab Kecelaruan Sosial


Golongan belia sememangnya tidak dapat lari daripada gejala sosial yang berlaku dalam suasana persekitaran hari ini sama ada di dalam negeri ataupun di luar negara. Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Biasanya jenayah ini bukan sahaja melibatkan remaja, dan dewasa manakala kanak-kanak juga terlibat dalam masalah kes-kes jenayah. Sebagai contoh, pembuangan bayi, jenayah ragut, rasuah, bunuh diri, merogol, lari dari rumah dan sebagainya.

Secara umumnya, masalah sosial telah merangkumi pelbagai perlakuan yang negatif dalam masyarakat. Gejala sosial dalam kalangan remaja semakin kerap terpampang di dada-dada akhbar mahupun televisyen sejak kebelakangan ini. Ia dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang berkait rapat dengan etika dan moral seseorang sebagai contoh melepak, lumba haram, vendalism, seks bebas, lari rumah, dan pembungan bayi bukanlah suatu isu yang baru tetapi perkara ini semakin meningkat mengikut peredaran zaman. Masalah ini juga melanda umat islam yang amat membimbangkan kerana isu ini semakin menular dan hangat diperkatakan oleh semua masyarakat. Hal ini akan menjejaskan anak-anak bangsa yang diharapkan menjadi pewaris dan pemimpin negara pada masa akan datang.

Antara faktor utama kes pembuangan bayi ini berlaku adalah berpunca daripada kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja. Mereka tidak mendapat pendidikan agama yang sempurna akan mudah terjebak dengan kegiatan maksiat. Kebanyakkan remaja yang tidak mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan menyebabkan mereka lebih mementingkan keseronokkan dan mengikut hawa nafsu semata-mata demi kepuasan diri. Akibatnya, mereka sanggup mengambil tindakan yang salah di sisi undang-undang dan agama.

Kajian mendapati statistik kes pembuangan bayi yang dilaporkan dari tahun 2004 hingga tahun 2010 adalah tidak konsisten. Bilangan kes ini adalah seperti yang dikeluarkan oleh PDRM dan data yang dikumpulkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Statistik ini cuba diperkuatkan lagi dengan melihat perangkaan yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi ini berusia antara 18 hingga 25 tahun iaitu individu dalam lingkungan remaja yang sedang mengalami proses kematangan. Oleh sebab itu, mereka yang paling ramai terjebak dengan kes pembuangan bayi ini. Data menunjukkan sebanyak 20 kes membabitkan individu yang berusia bawah 18 tahun sementara 33 kes dilakukan oleh individu yang berusia 25 tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka. Daripada jumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki dan 102 adalah bayi perempuan manakala selebihnya tidak diketahui jantinanya.

3 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua