• Aidi Khairin Sabikin

MAPIM Johor Hulur Bantuan Bencana


Johor Bahru - 25 Oktober 2016 Johor Bahru digemparkan dengan berita kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi tadi. keprihatinan pelbagai pihak jelas terpancar apabila ramai yang tampil menghulurkan bantuan termasuk menjadi sukarelawan susulan kebakaran disini.


Mapim Johor dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia bertindak segera membantu pihak berkuasa dalam meredakan mangsa kebakaran di Hospital Sultanah Aminah. Sumbangan berupa air mineral, Roti, Tuala, Plastik Sampah dan seramai hampir 40 sukarelawan yang dikerah di dalam misi kecemasan ini. Edaran foodpack juga dilakukan di wad2 dan lapangan kepada Staff HSA, Polis dan Bomba yg bertugas serta org2 awam


Tugas berakhir pada 12.55 am, kemudian sukarelawan dari Mapim Johor terus bergegas ke Pt Warijo, Sri Medan, Batu Pahat bagi membantu pembersihan dan keperluan penduduk kg yg dilanda bencana ribut. Bencana ribut juga dilaporkan pada hari yang sama.


Semangat dan kecekalan para sukarelawan yang ditunjukkan oleh Mapim Johor ini menunjukkan keprihatinan yang tinggi rakyat Malaysia dalam membantu tidak kira agama mahupun bangsa.