• Mohd Azmi Abdul Hamid

MAPIM Kesal Terhadap Tragedi Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor


Siaran Media

25 hb Oktober 2016

KESAL TERHADAP TRAGEDI KEBAKARAN DI HSA JOHOR


MAPIM memandang serius kejadian kebakaran pagi ini di Hospital Sultanah Aminah yang menyebabkan 6 maut di Wad Rawatan Rapi.


Kami menyampaikan ta'ziah kepada keluarga mangsa yang maut dalam tragedi yang sangat malang itu.


Walaupun kejadian yang mengejutkan ini adalah suatu tragedi diluar jangka namun sistem penyelenggaraan bangunan yang sangat sensitif kepada semua pesakit di hospital seharusnya tidak boleh dipandang ringan.


Kematian enam pesakit di wad ICU yang terperangkap dan tidak sempat diselamatkan itu sepatutnya disiasat dengan rapi tanpa menyembunyikan sebarang kecuaian.


Kami juga menuntut supaya pihak pengurusan Hospital segera menyemak semua aspek keselamatan kerana hal ini sepatutnya diselenggarakan dengan rapi.


Keselamatan hospital sepatutnya menjadi pengurusan paling utama kerana hospital seharusnya menjadi tempat paling selamat untuk pesakit yang mahu mendapat rawatan.


Kecuaian ke atas keselamatan bangunan awam tidak boleh dikompromi dan perlu disemak pada tahap paling cermat dan teliti.