• Mohd Azmi Abdul Hamid

MAPIM Gesa Bincang isu Rohingya dalam Sesi Ke-43 Mesyuarat ICFM OIC



Kenyatan Media

17 Oktober 2016


MESYURAT ICFM OIC PERLU SEGERA BINCANG ISU ROHINGYA DI MYANMAR


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa agenda membincangkan isu Etnik Rohingya tertindas di Myanmar dimasukkan didalam Sesi Ke-43 Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (ICFM) di Uzbekistan bermula besok Selasa ini.


ICFM merupakan mesyuarat tahunan Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk membincangkan kemajuan dalam pelaksanaan keputusan dan resolusi yang diterima pakai pada Sidang Kemuncak dan Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar sebelumnya.


Oleh kerana mesyuarat tersebut di Tashkent bakal membincangkan isu-isu politik, ekonomi dan sosiobudaya yang melibatkan ummah, maka isu yang sedemikian lama berkaitan dengan nasib etnik Rohingya sepatutnya dimasukkan dalam agenda mesyuarat.


OIC setakat ini maseh dilihat lemah untuk menangani isu Rohingya yang sudah berlanjutan hampir 4 dekad.


Kami mengesa tindakan yang jelas dan mekanisme yang efektif untuk menyelesaikan isu tersebut dibincangkan didalam mesyuarat kali ini. Penangguhan penyelesaian yang tuntas akan menambahkan penderitaan kaum Rohingya dan pihak OIC akan dilihat gagal membela nasib golongan mustadhafin ini.


Keadaan krisis terbaru di daerah Maungdaw yang sangat sedikit mendapat liputan media amat merisaukan kerana operasi militari Myanmar kini sewenang- wenangnya menyerang dan menembak orang awam di perkampungan daerah tersebut.