- Mohd Azmi Abdul Hamid
Himpunan Bela Rohingya Gesa PBB, OIC dan Asean Buka Mata
Perhimpunan anjuran MAPIM ini turut disertai oleh sekurang-kurangnya 2000 jemaah Islam Rohingya yang berada di sini.
Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam khutbahnya menyentuh tekanan yang berlaku terhadap etnik Rohingya yang sekarang berada di Arakan, Myanmar.

Beliau menyeru PBB, OIC dan Asean segera bertindak selamatkan etnik Rohingya dari operasi askar Myanmar yang melancarkan serangan besar-besaran ke atas perkampungan Rohingya di Daerah Maungdaw.
Beliau berkata umat Islam wajib membela umat Rohingya yang dizalimi kerana mereka adalah saudara seagama.
Perhimpunan bela Rohingya yang sama juga telah di adakan di Langkawi.
Teruskan menyumbang ke Tabung Rohingya (Rohingya Fund) - Klik Di Sini