• metro

Kepulangan Dr. Fauziah Disambut


Sepang: Ahli Lembaga Pengarah MyCARE, Dr Fauziah Abu Hassan, yang ditahan pihak berkuasa Israel bersama 12 wanita lain dalam misi Women's Boat to Gaza (WBG) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 7.47 malam, hari ini.


Dr Fauziah berlepas dari Bangkok dengan penerbangan Thai Airways TG417 pada 4.40 petang (waktu Thailand), turut diiringi suami, Prof Dr Alauddin Mohd Ali.


Malah, kepulangannya juga disambut lebih 50 rakyat Malaysia terdiri daripada keluarga terdekat, ahli persatuan MyCARE dan rakan-rakan.


Kapal Zaytouna-Olive yang membawa 13 wanita dalam misi WBG ditawan tentera laut Israel kira-kira jam 9 malam (waktu Malaysia) Rabu lalu di perairan Gaza, Palestin.


Semua ahli misi WBG yang disertai daripada pelbagai negara itu sudah dibebaskan sejak semalam dan hari ini, termasuk Dr Fauziah.