• Mohd Azmi Abdul Hamid

MAPIM dan Warga Orang Asli Banteras Gejala Hidu Gam & Arak



MAPIM dan beberapa NGO gabungan serta agensi yang berkaitan akan menggerakkan kempen basmi gejala hidu gam dan minum arak di perkampungan orang asli Lubuk Legong Siong Kedah.


Dalam rumusan Bengkel Transformasi Kampung bersama warga kampung tersebut termasuk Tok Batin dan ahli JKK, diputuskan gejala sosial yang utama akan ditumpu ialah hidu gam dan ketagihan alkohol.


Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid yang juga Pengerusi Yayasan Pendidikan Orang Asli (YAPOA) mengatakan warga kampung tersebut bersetuju untuk bekerjasama membasmi gejala tersebut kerana ia melibatkan masa depan generasi muda kampung itu.


Gejala tersebut di lihat sangat serius kerana ia telah berpanjangan sejak beberapa tahun.


Gejala keciciran dari sekolah dan seks bebas didapati sedang merosak budaya hidup masyarakat tempatan.



Mohd Azmi berkata pendekatan bersepadu antara NGO dan agensi kerajaan perlu digerakkan jika isu ini mahu ditangani.


Beberapa NGO yang akan bergabung dengan MAPIM sprt YAPOA, PERKIM, Haluan, Salimah, TERAS dan Generasi bersepakat menubuhk