• Muhammad Hidayat Abdullah

UiTM Shah Alam Buktikan Kepedulian Terhadap Keperitan Rakyat Palestin

Shah Alam - Mahasiswa Kolej Teratai dari UiTM Shah Alam dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah menganjurkan Karnival Jelajah Peduli Ummah di Uitm Shah Alam bermula 1 hingga 2 Oktober 2016. Antara aktiviti yg di jalankan adalah aktiviti flashmoob, melukis doodle bertujuan memupuk kesedaran mahasiswa UiTM terhadap isu ummah.


Saudara Fairuz selaku Pengarah Program tersebut turut menyerahkan doodle kepada Penyelaras MAPIM Selangor, Saudara Nik Abdul Aziz Nik Mohd untuk dibentang di Gaza pada misi akan datang sebagai simbolik peduli ummah dan harapan Mahasiswa ini.


Aktiviti turut diserikan dengan kehadiran kumpulan nasyid Hijjaz dan Ceramah Penerangan yang disampaikan oleh Naib Presiden MAPIM, Tuan Haji Abdul Aziz Abu Bakar yang turut sama turun padang bagi menunjukkan tanda sokongan kepada karnival ini. Pelancaran tabung kemanusiaan yang dilancarkan berjaya mengumpul sejumlah RM4252.00 dan diserah secara rasmi pada akhir program Karnival Peduli Ummah kepada Penyelaras MAPIM Selangor Saudara Nik Abdul Aziz Nik Mohd.