• Mohd Azmi Abdul Hamid

Perutusan Hijrah 1438 H - MAPIM


PERUTUSAN HIJRAH 1438


Kesyukuran setulusnya kepada Rabbul Jalil yang telah mempedomankan Rasulullah S.A.W kepada umat, agar mengerti akan intisari episod Hijrah dalam sejarah Nubuwwah menyampaikan Risalah Dinnullah dengan segala keindahan dan kesyumulan dan kesempurnaannya.


Kita sambut untuk kesian kalinya kehadhiran 1 Muharram sebagai kalendar Hijrah yang menjadi petanda kepada jadual hidup umat, bangga dengan sejarah dan identiti kita sebagai Muslim yang memilikki period tersendiri untuk mengatur hidup dengan kerangka masa dan ruang kita sendiri.


Hijrah sebagai agenda anjakkan perlu diteliti sebagai sebuah islah dalam proses memperbaikki diri, keluarga, masyarakat dan negara. Dalam menghayati erti Hijrah terkandung didalamnya sisi muhasabah yang mendalam untuk mengukur status diri sebagai Muslim yang telah beraqad dengan Allah SWT untuk kekal istiqamah dan meningkatkan pengabdian diri kepada Allah SWT dan kebaktian kepada manusia.


Demikian pengertian dan tuntutan sebenar Hijrah dengan maksud merubah diri dan beriltizam dengan Islam.


Kita melangkah untuk memasukki tahun yang baru, berjanji agar kelemahan dan kedhaifan diri diatasi, demi menunaikan janji syahadah kita bahawa penghayatan Islam perlu bersifat kaaffah. Menolak Islam yang diamalkan dengan cara memilah-milah agama Allah mengikut kesesuaian kehendak nafsu diri. Patuh dan akur bahawa syahadah bermaksud penyaksian terhadap Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT sebagai Sang Pencipta yang Maha Agung dan Maha Perkasa.


Meneliti keadaan umat yang dipenuhi pergelutan yang tenat dari asakan musuh dari segenap penjuru, semada politik, ekonomi, militari, budaya mahupun sosio-budaya. Kesannya wilayah Muslim diceroboh semahunya oleh kuasa luar. Sumber bumi kaum Muslimin dieksploitasi semaksimanya. Politik umat diporak perandakan sehingga semua partai dalam negara Muslim bertelingkah dan bertempur sesama sendiri akibat strategi pecah dan perintah yang maseh menjadi formula paling berkesan untuk menguasai umat Islam .


Namun yang lebih menggusarkan ialah kemelut dalaman umat itu sendiri. Dari khilaf siasah hingga konflik perang saudara telah meragut ratusan ribu nyawa, mengusur jutaan rakyat menjadi pelarian merempat di negara orang lain sehingga menghancurkan nasib jutaan kanak-kanak Muslim atas nama menegakkan Islam.


</