• penhijaudaun

Ikan Lumba-Lumba Perisik Israel Gemparkan Gaza


Seekor ikan lumba-lumba disyaki melakukan 'misi mengintip untuk Israel' dilaporkan ditangkap oleh kumpulan pergerakan Hamas di Laut Mediterranean.


Ikan yang mendapat perhatian pergerakan Palestin tersebut kerana ia melakukan pergerakan dalam air yang 'mencurigakan', kata Hamas.


Kumpulan yang menguasai enklaf pantai berkata, ikan lumba-lumba tersebut dilengkapi dengan kamera video dan peralatan pengintipan lain.


Munurut Al Quds, ikan tersebut juga membawa peralatan yang boleh melepaskan anak panah yang boleh mencederakan manusia. Haiwan tersebut kini berada dalam jagaan Hamas.


Ikan lumba-lumba, seperti singa laut, telah digunakan oleh tentera Amerika Syarikat sejak tahun 1960 bagi tujuan pengintipan.


Haiwan, burung malah rodensia (tikus) digunakan untuk aktiviti-aktiviti pengintipan di Timur Tengah.


Pada 2007, sebanyak 14 ekor tupai dilaporkan 'ditahan' atas dakwaan mengintip di Iran. Rangkaian media negara itu, IRNA, melaporkan rodensia itu ditemui membawa 'peralatan mencuri dengar'.


Setahun selepas itu, pihak berkuasa keselamatan Iran menahan dua suspek 'burung merpati' dekat kemudahan nuklear.


Pada 2011, seekor 'burung hering Mossad' ditangkap di Arab Saudi kerana disyaki melakukan pengintipan.

1 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua