• Mohd Azmi Abdul Hamid

Pemergian Tuan Guru Dato' Harun Din Suatu Kehilangan Besar-Presiden


Kenyataan Media

16 September 2016


PEMERGIAN TUAN GURU DATO' HARUN DIN SUATU KEHILANGAN BESAR


Saya dan keluarga serta mewakili seluruh warga Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan jaringan nasional dan antarabangsa MAPIM merakamkan ta'ziah kepada keluarga Tuan Guru Dato' Harun Din yang telah kembali ke Rahmatullah.


Kami berdoa agar ruh almarhum dikumpulkan bersama para shuhada, solehin dan siddiqin.


Pemergian almarhum bukan sahaja suatu kehilangan besar buat umat Islam dan negara malah kepada seluruh gerakan Islam.


Sebagai seorang ilmuan, mujahid, dan penggerak serta pemimpin Islam, jasanya akan abadi membekas dalam kehidupan umat Islam khususnya di negara ini.


Sumbangan beliau kepada pembentukan pemikiran umat sangat besar. Usha beliau mempelopori perubatan Islam dalam negara merupakan inisiatif beliau yang sangat berharga.


Kami merasakan kehilangan beliau sukar dicari ganti.


Kegigihan beliau menyampaikan da'wah lewat majlis ilmu dipelbagai medan masyarakat seharusnya menjadi contoh buat generasi muda.


Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden MAPIM

3 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua