• Mohd Nadzir Shafie

Korban di Myanmar; 4 Bikers MAPIM Mulakan Perjalanan Hari Ini ke Kawthuang


Sejak 6 tahun lalu, saya dan sahabat-sahabat bergerak serata ceruk rantau di Malaysia, jelajah beberapa negara Asean. Sejak dulu saya tak pernah menerima sebarang sponsor. Kalau pun ada yang nak beri belanja utk perjalanan, saya akan tolak.


Januari lalu, saya juga menolak pemberian wang belanja dari seorang sahabat untuk ke Laos dan Northern Thai. Akhirnya kerana tak mahu duit, dia datang kerumah berikan 2 biji tayar motosikal baru.


Saya terima, dan tayar itulah yang telah bergolek ke Laos dan akan bergolek ke Myanmar juga.


Semalam, pihak MAPIM menyerahkan sekeping cek bernilai RM1200 untuk perbelanjaan kami bertiga selama 5 hari. Saya terima. Beberapa hari dulu seorang sahabat bank-in RM180 dan seorang lagi RM10.

Terima kasih pihak MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malysia), terutama adinda saya Ustaz Ahmad Tirmizi Ibnu Sulaiman, Naib Presiden MAPIM yang turut bertungkus-lumus mengaturkan pembelian lembu/kambing dengan pihak di Myanmar.

Jadi jumlah wang yang dibiayai untuk tujuan ini adalah sebanyak RM1390.


Terima kasih sangat-sangat.

 

Dipetik dari FB Mohd Nadzir Shafie

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua