• Mohd Azmi Abdul Hamid

APAKAH BENAR KAMPUNG BARU MEMERLUKAN PROJEK M101 SKYWHEEL?

Kenyataan Media Teras

9 hb September 2016


APAKAH BENAR KAMPUNG BARU MEMERLUKAN PROJEK M101 SKYWHEEL?


Kami terkejut dengan pengumuman bangunan pencakar langit M101 Skywheel akan dibina di Kampung Baru, menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor .


Apakah ini suatu keperluan yang sebenar untuk membangunkan perkampungan masyarakat Melayu di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur ini?


Dengan projek mega bernilai Rm 1.4 bilion itu kami menjangka masyarakat Melayu akan tersisih akhirnya dan Kampung Baru akan lenyap samasekali.


Kami tidak faham apa maksud beliau bahawa Kampung Baru tidak akan hilang identitinya. Walhal dengan bangunan pencakar langit setinggi 52 tingkat itu bersama roda Ferris yang dikatakan akan menarik pelancong akan pasti menghimpit Kampung Baru dan akhirnya seluruh kampung tersebut akan hilang.


Tujuan untuk melonjakkan harga harta tanah di kawasan berkenaan tidak harus menjadi keutamaan, sedangkan masyarakat Melayu di kawasan itu memerlukan prasarana yang lebih tersusun dan sempurna. Bukan sebuah mahligai moden yang mencakar langit yang bakal menyisih sebarang peryertaan bumiputera seperti yang berlaku dibanyak lokasi di bandaraya KL.