• TRT Melayu

Kapal Bantuan Turki Gelombang ke-2 Untuk Gaza

Kapal Bantuan ke Gaza – Dalam proses normalisasi dengan Israel, kapal ke-2 yang membawa bantuan ke Gaza dari Turki telah berlabuh dipelabuhan Ashod Israel.


Kapal yang membawa 2500 ton bantuan, telah bergerak dari Mersin pada 2 September.


Kapal ke-2 untuk memenuhi keperluan kemanusiaan rakyat Palestin itu dinyatakan telah mencapai sasarannya sebelum Eid Adha.


Diantara bala bantuan tersebut, terdapat mulai dari pakaian, bahan makanan, basikal, kursi roda dan banyak lainnya.


Didalam kapal tersebut juga terdapat alat-alat tulis dan beg sekolah untuk kanak-kanak Gaza .


Sementara itu, Bulan Sabit Merah Turki, dalam rangka pengiriman bantuan dari Turki untuk Gaza, juga telah mengedarkan kasur dan pakaian untuk perayaan Eid Adha kanak-kanak di Gaza .


Manager Bulan Sabit Merah Turki Sinan Derindere mengatakan, bantuan tersebut dilakukan untuk mengurangkan sedikit kesusahan kanak-kanak di Gaza.