• Mohd Azmi Abdul Hamid

Remaja Dalami Ilmu Bina Jati Diri bersama MAPIM


30 orang pelajar tingkatan 3 mengikuti Bengkel Bina Jati Diri di Masjid Ihsan Seksyen 24 Shah Alam anjuran Sekretariat MAPIM Shah Alam pada 28 Ogos 2016 dan dibantu oleh 7 orang Siswi dari UIAM.


MAPIM mengerakkan Program Pembinaan Generasi Toyyibah (PGT). Ini adalah salah satu komponen dalam agenda Transformasi Qaryah .


PGT ini melaksanakan beberapa modul dan salah satu modul PGT adalah Modul Bina Jati Diri.


Modul ini pertama kali dilaksanakan di Masjid Ehsan Seksyen 24 Shah Alam melibatkan 30 orang remaja tingkatan 3.


Modul ini memberi penekanan kepada aspek kenal diri, kenal masyarakat dan kenal tujuan hidup.


Ia memberi kesedaran mengenai budaya dan gaya hidup yang perlu diamalkan.

Diharap remaja tersebut akan menjadi insan yang mampu membentengi diri dari gejala negatif sekaligus menjadi warga masyarakat yang bermanfaat.


www.mapim.org