• Ahmad Tarmizi Sulaiman

MAPIM Teladani Perjuangan Almarhum Tuan Guru Hj. Salleh Musa


Mewakili MAPIM, Ustaz Tarmizi Sulaiman dijemput menghadiri Majlis Tahlil dan Pengkisahan Perjuangan Almarhum Tuan Guru Haji Salleh Musa sempena Program Pertemuan Anak-anak Sik di perantauan, Bandar Putra Perdana, Puchong.


Hadir bersama Tuan Syeikh Muslim Hj. Salleh dan Hj. Sanusi Md Nor.


Intipati ucapan Tuan Sheikh Muslim Hj. Salleh (anak TG Hj Saleh dan juga Mudir Madrasah Ar Rahmaniah) antaranya menekankan pesanan Almarhum Tuan Guru untuk sentiasa kenal Allah, berfikir dahulu baik dan buruk sebelum bertindak kerana semua itu akan dihitung selepas mati.


Almarhum Tuan Guru adalah seorang yang sangat istiqamah dengan ilmu, mengajar masyarakat hingga ke hujung nyawa. Beliau selalu memperingatkan biar kita letih di dunia kerana kita akan berehat di akhirat.


Duduklah dengan jamaah yang ramai Ulama' akhirat kerana Ulama' tidak akan berdusta.


www.mapim.org