• Mohd Firdaus Salleh Hudin

Islam Jangan Buang Masa dengan Isu Khilaf - Syeikh Yusof Al-Qardawi


DOHA, Sabtu – Umat Islam hari ini makin tenat dengan pelbagai ujian dan cabaran.


Pertumpahan darah berlaku, tanah suci dijajah, kelaparan dan penderitaan berlaku dengan amat dahsyat.


Justeru, tiada keperluan untuk menghabiskan masa berbincang semula isu khilaf yang sudah lama tenggelam dalam sejarah iaitu isu berkenaan siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi berkata demikian mengulas penganjuran Persidangan Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berlangsung di bandar Grozny, Chechnya baru-baru ini.


Dilaporkan persidangan itu telah mengeluarkan kelompok Salafi dan Ikhwan Muslimin daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Berikut adalah antara isi penting kenyataan Syeikh Al-Qaradawi yang disiarkan di laman web rasmi Kesatuan Ulama Islam Sedunia semalam:


1. Saya terganggu dengan penganjuran persidangan ini. Ia dilihat membawa kemudaratan.


2. Persidangan ini dianjurkan dengan mendapat kerjasama Presiden Chechnya yang tunduk kepada kerajaan Russia. Pada masa sama, Russia telah membunuh saudara kita di Syria, menyeksa, menghancurkan rumah mereka dengan menggunakan bom, roket dan pesawat pejuang dengan alasan menghapuskan pengganas. Hakikatnya merekalah pengganas sebenar.


3. Resolusi persidangan telah mengeluarkan golongan ahli hadis dan salafi di kalangan Wahabi daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Resolusi persidangan sepatutnya menyatupadukan umat Islam tetapi sebaliknya berlaku. Sedangkan musuh Islam