• Harian Metro

MAPIM Wilayah Kuala Lumpur Peduli Keperitan Hidup Saudara Afganistan di Malaysia


Ampang: Kesukaran hidup pelarian Afghanistan di sekitar Bandar Baru Ampang, dekat sini, mendapat perhatian Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang membuat kunjungan susulan pendedahan akhbar ini semalam.

Terkejut dengan kehadiran ramai komuniti itu, satu perbincangan diadakan bersama wakil pelarian yang memohon bantuan dan perlindungan selain ruang mendekatkan diri dengan Islam selepas berhijrah ke Malaysia lebih dua tahun lalu.

Penyelaras MAPIM Wilayah Persekutuan Fadhil Osman berkata, pihaknya mengetahui kewujudan pelarian melalui akhbar ini dan mengambil inisiatif melihat sendiri keadaan mereka termasuk kehidupan keluarga di sekitar kawasan berkenaan.

Katanya, seperti pelarian lain, terdapat kewajaran untuk pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban pelarian yang rata-ratanya terpaksa melarikan diri dari kampung halaman ekoran keadaan bergolak di sana.

“Hari ini (semalam) MAPIM datang dan melihat sebuah dewan yang dijadikan sebagai tempat belajar 94 anak pelarian dikenali dengan nama Akademi Achievers serta rumah mereka. Ada yang tidak bekerja, ada yang gaji RM800 sebulan dan menyewa RM600 sebulan.

2 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua