• Ahmad Sani Araby

Syahidnya Seorang Pembela Ummah

BERITA SEDIH DARI ALEPPO-SYRIA

Seorang lagi sahabat kami syahid, beliau dikenalkan kepada kami oleh Akhi Syahrir Azfar semasa team Misi Rescue Syria pertama kali masuk ke bumi Aleppo pada tahun 2013.

As-Syahid sangat banyak membantu kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan khususnya membela pendidikan dan masa depan anak-anak Syria.

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'unn.

Berehatlah wahai sahabat pejuang Ummah kita As-Syahid Tariq di taman abadi bersama orang-orang yang dikasihi Allah.

Marilah kita hadiahkan bacaan Al-Fatihah tanda menghargai sumbangan besar anak muda ini kepada saudara kita di Syria. Berbahagialah roh beliau mendapat segala kebaikkan sebagai seorang Syahid yang membela Ummah.

Salam Takziah Mewakili Seluruh Sahabat Yang Mengasihi Kamu,

SANI ARABY AL-KAHERY Ketua Misi Kemanusiaan RescueSyria (MAPIM)

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua