
PEMBANGUNAN MASJID WAKAF
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
---|---|---|---|---|
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
MASJID JAMEK BALUKHALI
MAPIM mendirikan sebuah masjid di Kem Balukhali Coxs Bazar Bangladesh yang menempatkan lebih 400,000 pelarian yang baru tiba dari selatan Maungdaw Myanmar.
Dengan keluasan 3600 kaki persegi, menerusi sumbangan rakyat Malaysia menerusi SALIMAH dan iReach kami berjaya dengan izin Allah mendirikan sebuah masjid yang mampu menampung jemaah seramai 400-500 orang pada satu satu masa.
Masjid yang diberi nama Masjid Jami’ Balukhali ini telah dimanfaatkan dan memulakan solat Jumaatnya pada 22 September 2017 dalam keadaan yang masih kekurangan.
Kini ia turut digunakan oleh hampir 100 kanak kanak untuk pembelajaran muqaddam dan Al Quran.
40 pelajar tahfiz juga memanfaatkan kemudahan yang ada, walaupun keluasan masjid ini agak terhad.
Kos Masjid Jami’ Balukhali : RM36,000
Memerlukan kewangan bagi keperluan tambahan RM15,000 untuk kemudahan sanitasi dan kelekapan masjid.
KERJA-KERJA PEMBINAAN MASJID JAMEK BALUKHALI
MASJID JAMEK BALUKHALI TELAH MULA
DIGUNAKAN OLEH MUSLIM ROHINGYA
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
---|---|---|---|---|
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
MASJID AL-MUHAJIRIN
CADANGAN SUMBANGAn


Hasil sumbangan dicadangkan untuk meluaskan dan mendirikan sebuah pusat tahfiz Al Quran di kawasan berhampiran untuk anak-anak pelarian Rohingya yang baru tiba mendapat pengajiaan Al Quran di tanah yang bersebelahan dengan masjid Jami di kem Balukhali dan Masjid AlMuhajirin.
Impak kewangan : RM30 000
